COX’S BAZAR (Bangladesh) 22 Ogos – Hampir sejuta pelarian Rohingya beragama Islam menyambut Aidiladha di kem pelarian terbesar di dunia, menandakan genap setahun tindakan pembantaian tentera Myanmar terhadap kaum berkenaan. Mereka menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid yang dibina daripada buluh di kawasan kem dan tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban dalam suasana berlumpur akibat sistem perparitan yang tidak sempurna. Di salah sebuah kawasan kem iaitu Kutupalong, ratusan ribu pelarian tinggal…










