KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kerajaan telah menyediakan sebuah pelan penguatkuasaan serentak dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 September ini. Mengumumkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelan berkenaan sebagai langkah untuk mengelakkan mana-mana peniaga mengambil kos berlebihan demi mengaut keuntungan berganda. “Saya telah pun mengadakan perbincangan dan bahagian penguatkuasaan sudah pun mengadakan pembentangan kepada saya bagi memastikan…










