PUTRAJAYA 9 Ogos – Kerajaan menggunakan khidmat peguam terkenal, Sitpah Selvaratnam untuk mengendalikan kes kapal mewah Equanimity kerana beliau berpengalaman luas dalam undang-undang admiralti atau perkapalan. Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, Selvaratnam yang pernah berkhidmat sebagai perunding di firma lama beliau merupakan peguam admiralti yang berpengalaman selama 25 tahun berhubung perkara-perkara litigasi dan terbabit dalam pelbagai kes penahanan kapal di negara ini. Beliau berkata, Selvaratnam juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi…










