Pegawai kanan Satu ditahan reman - Utusan Malaysia

Pegawai kanan Satu ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 6 Ogos – Seorang pegawai kanan Syarikat Air Terengganu (Satu) ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan projek pengubahsuaian bangunan bernilai kira-kira RM380,000.

Bangunan di Pusat Agihan Gong Badak, Kuala Nerus itu mulanya diubah suai serta dinaik taraf untuk dijadikan Pejabat Operasi Satu daerah berkenaan.

Bagaimanapun suspek dipercayai menyalahgunakan jawatannya itu dengan menjadikan premis tersebut sebagai kediamannya.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebelum ini, suspek berusia 58 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Terengganu pukul 1.05 petang semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md. Saad.

Suspek yang diwakili peguam Muhamad Ramlan & Co ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai menggunakan jawatannya untuk meluluskan projek mengubah suai dan menaik taraf bangunan di Pusat Agihan Gong Badak, Kuala Nerus bernilai kira-kira RM380,000.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kontraktor Satu dan Pegawai Teknikal syarikat berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan palsu berjumlah RM11,060 membabitkan projek sama Disember lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN