KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki dihukum penjara selama dua tahun enam bulan di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas memukul kakaknya sehingga wanita itu patah tulang hidung pada awal Januari lalu.
![]() |
|
MUHAMAD ZULHAIRI mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas kakaknya pada Januari lalu.
|
Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Zulhairi Abdul Halim, 19, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Zulhairi didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Nur Hanisa Abdul Halim, 23, dengan menggunakan kaki sehingga patah tulang hidung di sebuah rumah di Taman Desa Kemumin, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 6.30 petang, 8 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit bersalah.











