KUALA LUMPUR 25 Ogos – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan pasukan khas bagi memantau pasaran cili merah tempatan agar berdaya saing selain memastikan kecekapan kos pengeluarannya. Menurut kenyataan kementerian tersebut, pasukan itu juga akan digerakkan untuk menangani isu-isu berbangkit lain termasuk pengimportan sayur-sayuran dan buah-buahan yang masuk ke negara ini. “Ia akan dianggotai oleh beberapa kementerian berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk mengambil…