ROM – Bintang baharu AS Roma, Javier Pastore sedia beraksi pada posisi berbeza di bawah kendalian ketua jurulatih pasukan itu, Eusebio Di Francesco selepas menandatangani kontrak daripada Paris Saint-Germain (PSG) baru-baru ini. Kebiasaannya, Pastore, 29, akan bermain sebagai pemain tengah menyerang tetapi kali ini dia akan menggalas tanggungjawab berbeza dengan lebih mengutamakan aspek pertahanan buat kali pertama dalam kariernya. “Roma bermain formasi 4-3-3, saya sudah tahu mengenai perkara ini selepas…










