KULIM – Tiga pasangan kekasih dibawa ke Balai Polis Kulim di sini dengan menaiki van jenazah selepas ditahan kerana disyaki berkhalwat di rumah tumpangan dan hotel bajet di sekitar daerah ini semalam. Serbuan Ops Bajet 2 oleh Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) itu dilakukan bermula pukul 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam. Pegawai Penguat Kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mad Saad berkata, serbuan tersebut dilakukan bagi memastikan semua rumah tumpangan…










