KUALA LUMPUR 26 Ogos – Orang Cina didakwa cukup marah dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana gagal menunaikan kesemua janji manifesto dalam tempoh 100 hari. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lebih membangkitkan kemarahan orang Cina apabila kepemimpinan PH bukan hanya gagal menunaikan janji malah memberi pelbagai helah yang tidak masuk akal. Kata beliau, bagi orang Cina, tindak-tanduk sedemikian merupakan isu yang cukup besar. “Berdasarkan beberapa petunjuk,…









