KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membantah pelantikan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu dalam rundingan damai di wilayah Selatan Thailand. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam catatan akaun Twitternya menyifatkan Abdul Rahim sebagai ‘penyerang ganas’ ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah. “Saya tegas menentang pelantikan seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah,…










