Nilai sejarah warisan akan musnah - Utusan Malaysia

Nilai sejarah warisan akan musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu ka­jian perlu dilakukan di kawasan Gunung Pulai, Baling, Kedah bagi memastikan projek kuari batu kapur yang diluluskan kerajaan negeri Kedah pada tahun 1996 dan diwartakan pada 1 Mac lalu dapat dihentikan segera.

Pengarah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Ramlah Adam berkata, pihaknya bimbang sekiranya projek kuari batu kapur di kawasan itu diteruskan, ia dibimbangi bakal menjejaskan penduduk serta nilai sejarah warisan yang terdapat di kawasan tersebut.

Katanya, kawasan di Gunung Pulai itu merupakan satu tapak sejarah dan jika dibiarkan dibangunkan de­ngan projek kuari, ia dibimbangi akan melenyapkan tinggalan yang ada.

“Hal ini kerana memang pernah wujud sebuah kerajaan yang dinama­kan sebagai Reman me­rangkumi pentadbirannya sebahagian Kedah sehingga Hulu Perak dan tinggalan sejarahnya seperti kubur yang terdapat di Gunung Pulai.

“Selain itu, kita minta kajian lebih mendalam perlu dilakukan dengan mengambil kira kesan terhadap penduduk sekitar yang kebanyakan­nya bergantung kepada aktiviti perta­nian seperti sawah padi, getah, kelapa sawit dan penternakan,” kata­nya ketika dihubungi ­Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN