SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 2,383 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari awal Januari sehingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan. Beliau berkata, jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 278.3 peratus berbanding 630 kes pada tempoh yang sama, tahun lepas. “Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,640 kes di daerah Seremban, Port Dickson (197), Jempol (181),…










