KUALA LUMPUR 30 Ogos – Hadir mewarnai persada lakonan tanah air sebagai seorang aktivis teater, Naque Ariffin, 26, mahu membuktikan kredibilitinya sebagai seorang anak seni menerusi naskhah Tanah Akhirku yang mula dipentaskan di panggung berprestij Istana Budaya sejak semalam hingga 2 September ini. Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Naqiuddien Tajul Ariffin itu, tanggungjawab yang digalas sebagai pengarah teater berkenaan bukanlah mudah, apatah lagi mengetengahkan tema berat mengenai patriotik sempena sambutan…










