Najib tidak ditahan hari ini, dakwa esok - Utusan Malaysia

Najib tidak ditahan hari ini, dakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan tidak akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pekan itu hanya dipanggil untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd.

Menurut sumber, sebaik sahaja keterangan diambil di pejabat SPRM Kuala Lumpur, Najib dibenarkan pulang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, namun pemimpin tersebut perlu hadir semula ke Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi proses pendakwaan baharu.

“Najib dijangka menghadapi kira-kira tiga pertuduhan esok membabitkan kes pecah amanah berkaitan kes yang disiasat SPRM sebelum ini.

“Notis perintah hadir mahkamah akan diberikan selepas ambil keterangn,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini