KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir sekali lagi memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyambung siasatan pada Isnin lalu. Bekas Presiden UMNO itu tiba di Menara 238, Jalan Tun Razak di sini kira-kira pukul 10 pagi. Difahamkan, beliau disoal siasat di Tingkat 23 Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di sini. Menurut sumber, siasatan yang dijalankan pada hari ini adalah untuk…










