KUANTAN 7 Ogos – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak bercadang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung beberapa teguran susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 yang mula diedarkan semalam. Yang Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan atau salah anggap sesetengah pihak berikutan laporan tersebut. “Saya tidak boleh memberi maklum balas (mengeluarkan kenyataan) kerana saya hanya akan menjawab kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara…