Mohammad Faiz lakar kejayaan di United Kingdom - Utusan Malaysia

Mohammad Faiz lakar kejayaan di United Kingdom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 7 Ogos – Kerajaan negeri mengucap tahniah kepada seorang lagi pelajar anak negeri,  Mohammad Faiz  Mohd Zaki atas pencapaian yang  memberangsangkan dengan memperoleh Master Kejuruteraan dengan kepujian kelas pertama dalam bidang kejuruteraan elektrik dari University of Sheffield, United Kingdom.

MOHAMMAD FAIZ
MOHAMMAD FAIZ

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berharap kecemerlangan yang dicatatkan di salah sebuah universiti terkemuka itu  menjadi inspirasi kepada anak-anak negeri yang lain bagi memajukan diri.

Anak kepada pasangan Mohd Zaki Mohd Salleh dan Wan Suhubbiah Wan Abdillah yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas turut merangkul keputusan cemerlang pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemuda kelahiran Terengganu ini tentunya membanggakan ibu bapa apabila mengikut jejak langkah ayahnya yang merupakan seorang pesara jurutera jurutera.

“Setinggi penghargaan kepada  Mohd Zaki dan pasangan atas kejayaan berterusan anak lelaki mereka. 

“Kecemerlangan anak sulung daripada empat  beradik ini bukan saja menjadi contoh kepada adik-adiknya tetapi dapat dijadikan pemangkin semangat buat pelajar-pelajar di luar sana,”ujar Dr. Samsuri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini