KUALA LUMPUR 5 Ogos – Mesej Barisan Nasional (BN) untuk menyatakan protes kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat berjaya dan disambut baik pengundi Sungai Kandis dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut. Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesej yang dibawa BN sebagai protes kepada PH di atas kegagalan mereka menunaikan janji manifesto pilihan raya dan menghentikan tindakan mencabar Islam serta…










