SEREMBAN 19 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun hari ini mengarahkan siasatan dijalankan terhadap aktiviti pemunggahan dan penyimpanan arang batu di jeti Port Dickson yang didakwa menyebabkan pencemaran air di pantai peranginan itu. Katanya, beliau telah mengarahkan Pejabat Daerah Port Dickson menyiasat dakwaan itu serta meminta Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melihat masalah sebenar berkaitan operasi jeti tersebut yang dikatakan milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).…