Bukti PM sedia beri peluang kepada pemimpin muda

Bukti PM sedia beri peluang kepada pemimpin muda

MUHAMMAD KAMIL ABDUL MUNIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rombakan Ka­binet baru-baru ini wajar di­lihat sebagai sebahagian daripada agenda regenerasi dan pembaharuan kepemimpinan.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, rombakan itu mencerminkan kese­diaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ruang kepada pemimpin muda yang berpendidikan dan berkelayakan.

Katanya, langkah itu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang untuk membina lapisan pimpinan yang mampu memikul tanggungjawab dan menyum­bang kepada pemba­ngunan negara untuk 10 ke 20 tahun akan datang.

“Rombakan Kabinet terbaharu ini bukan sekadar pertukaran nama atau imbangan kuasa politik semata-matam, tetapi ia adalah mesej jelas tentang hala tuju kepemimpinan negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Ini adalah Kabinet yang akan membawa negara menuju PRU16. Ia juga merupakan Kabinet yang berkemungkinan mencerminkan sama ada Malaysia benar-benar bersedia melakukan peralihan generasi dalam kepemimpinan nasional.

“Dalam konteks ini, mesej Perdana Menteri jelas, negara tidak boleh terus dipimpin oleh formula lama dengan wajah yang sama dan pendekatan yang kitar semula,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Muhammad berkata, pelantikan pemimpin muda dalam Kabinet baharu menunjukkan komitmen kerajaan terhadap agenda pemerkasaan belia.

Katanya, langkah itu memberi peluang kepada generasi muda untuk memainkan pera­nan lebih besar dalam urusan pentadbiran negara.

Menurutnya, pelantikan to­­koh muda seperti Dr. Zulkif­li Hasan sebagai Menteri di Ja­batan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mencerminkan kepercayaan kepada kepakaran dan idea segar.

“Begitu juga dengan pelantikan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Taufiq Johari yang merupakan Ahli Parlimen berusia 29 tahun selari dengan dasar kerajaan menurunkan had umur belia kepada 30 tahun bermula tahun hadapan.

“Tidak ketinggalan juga de­ngan pelantikan seorang lagi pemimpin muda AMK iaitu Chiew Choon Man sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang berusia 34 tahun.

“Bahkan komitmen sama juga ditonjolkan apabila memposisikan Akmal Nasrullah Mohd. Nasir, 39 yang diberi kepercayaan dan amanah menerajui portfolio penting di Kementerian Ekonomi serta

Yuneswaran Ramaraj, pemim­pin muda berusia 38 tahun sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perpaduan Negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×