LUMUT 21 Ogos – Mayat tanpa identiti dipercayai mangsa bunuh ditemukan orang awam dalam keadaan rentung di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Baru dekat Sitiawan di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mayat dengan kesan terbakar hampir di keseluruhan badan itu dijumpai pemilik kebun tersebut pada pukul 9 pagi. Katanya, keadaan mayat itu yang rentung antara 85 hingga 90 peratus menyukarkan pihak…