Mayat mangsa lemas di jeti ditemukan   - Utusan Malaysia

Mayat mangsa lemas di jeti ditemukan  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 6 Ogos – Mayat seorang lelaki yang lemas setelah terjatuh dari sebuah bot nelayan yang sedang berlabuh di jeti pendaratan ikan, Kompleks Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, (LKIM) di sini petang semalam ditemukan  di muara Sungai Dungun, di sini, pagi tadi

Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM ), Terengganu, Penguasa Mohd Mazimi Mohammad memberitahu, mayat Rhazi Razak,32 , ditemukan kira-kira pukul 8.45 pagi dalam keadaan terapung di muara sungai, kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Rhazi dari Kampung Teluk Bidara Seberang Pintasan dikatakan tergelincir ketika cuba mengambil barang di dalam bot terbabit, kira-kira pukul tujuh 7 petang semalam, dan operasi mencari  disambung semula pada pukul 7 pagi  ini.

“Operasi pada hari ini melibatkan jarak pencarian pada radius yang  besar bermula  di lokasi mangsa terjatuh sehingga ke muara sungai melibatkan aktiviti pencarian di permukaan air dan di pesisir sungai.

“Keadaan laluan di sepanjang muara yang sibuk dengan bot nelayan dan air pasang serta  arus yang deras menyukarkan sedikit operasi mencari, dan menyelamat namun kita bersyukur mayat mangsa telah ditemukan,”katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN