Majlis penubuhan PPBM cawangan Sarawak tidak benar - Utusan Malaysia

Majlis penubuhan PPBM cawangan Sarawak tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Majlis penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilaporkan akan berlangsung malam tadi adakah tidak benar.

Ia sebaliknya hanya perjumpaan sesama pemimpin protem parti itu di Sarawak dan penyokongnya dan ia berlangsung secara tertutup di Bangunan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), di sini pukul 7.30 malam.

Seorang daripada pengerusi protem bahagiannya, Johan Mohamad yang menafikan majlis penubuhan cawangan parti itu malam tadi, berkata pihaknya tidak terlibat dalam penyebaran berita yang tidak benar itu.

“Apa yang kita cuba lakukan sekarang ialah untuk menubuhkan 31 bahagian parti di Sarawak, kemudian mendaftarkannya dengan ibu pejabat parti.

“Selepas itu, barulah akan diadakan majlis perasmian penubuhan PPBM Sarawak yang diharap dapat dilangsungkan pada September tahun ini,  kata

Johan pada sidang akhbar di ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di sini malam tadi.

Johan, yang juga pengerusi penaja PPBM bahagian Stampin, turut menafikan wujud perpecahan dalam kalangan pemimpin penaja parti itu di Sarawak, sebaliknya beberapa pemimpin protem PPBM Sarawak bersatu untuk merealisasikan penubuhan PPBM Sarawak. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN