Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak tidak akan ditutup - Utusan Malaysia

Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak tidak akan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak tidak akan ditutup malah ia bakal diperluaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sedang membuat persediaan untuk memperluas mahkamah berkenaan di Selangor, Pahang dan Johor.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat dua mahkamah berkenaan iaitu di Putrajaya yang beroperasi pada 23 Jun tahun lepas dan sebuah lagi di Kuching, Sarawak yang mula beroperasi pada 18 April lalu.

“Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan tak pernah berhasrat menutupnya dan pada masa ini, semua mahkamah ini beroperasi seperti biasa.

“Oleh sebab itu, khabar angin yang kononnya mengatakan saya umumkan mahkamah khas ini akan ditutup adalah tidak benar,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN