KUALA LUMPUR 6 Ogos – Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M. Daud Wahid, 75, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, Selangor pada pukul 2.27 petang tadi.
Anaknya, Mohd, Farish berkata, Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser prostat yang dihidapi sejak tahun lepas dan kompilasi jantung selepas dimasukkan ke hospital minggu lalu.
“Ayah memang kurang makan sejak kebelakangan ini dan keadaan kesihatannya semakin merosot sejak minggu lepas. Kami menghantarnya ke hospital Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan.
“Sepanjang di hospital, ayah kurang bercakap dan hanya bercita tentang keluarga dengan anak cucu. Dia pergi dengan tenang,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.
Tambah Mohd. Farish, Allahyarham yang sudah 18 tahun memegang jawatan Presiden Papita akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak, Klang selepas solat Maghrib. – UTUSAN ONLINE










