JOHOR BAHRU 15 Ogos – Memasak atau menghasilkan bahan makanan antaranya kek, roti dan biskut sememangnya merupakan satu kemahiran seni halus tanpa disedari. Hasilnya bukan sahaja dipengaruhi kepakaran atau kreativiti sebaliknya juga emosi, penghayatan, kesabaran, kecekalan dan ‘air tangan’ pembuatnya. Sebagai contoh, membuat kek adalah satu seni. Apatah lagi menghasilkan kek dalam pelbagai reka bentuk yang sudah tentu mencabar, menguja dan menuntut ketelitian. Mad About Cake (M.A.C) di Taman Daya…










