PULAU PINANG 10 Ogos – Lorong perlahan di beberapa lokasi di Jambatan Pulau Pinang di sini akan ditutup secara berperingkat sehingga 30 Ogos ini bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin. Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin struktur bawah Jambatan Pulau Pinang itu akan dijalankan antara pukul 11 pagi dan 3 petang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum. Katanya, kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin…










