Lokman nafi berkempen dalam surau - Utusan Malaysia

Lokman nafi berkempen dalam surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN) menepis dakwaan menggunakan surau untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini.

Beliau berkata, sebaliknya lokasi yang ditularkan dalam sebuah laman sosial tersebut sebenarnya merupakan Rumah Pemulihan Darul Solihin untuk individu yang terlibat dalam penagihan dadah, akhlak dan mereka yang terkena sihir.

Katanya, lawatannya ke rumah pemulihan itu adalah bertujuan melawat rakan lamanya, Hairul Mohit.

“Ini satu pendekatan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan (PH) walaupun telah berkuasa.

“Saya hanya berkongsi pengalaman saya dan memberikan motivasi kepada penghuni terbabit supaya memanfaatkan peluang kedua yang telah diberikan kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penyebaran gambar dalam laman sosial Chedet Bersama Rakyat yang menyatakan Lokman menggunakan surau untuk berkempen dan menyebarkan fitnah kepada kerajaan selepas kuil.

Lokman yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menyatakan rumah tersebut sebelum ini turut dilawat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan calon parti itu, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN