BUTTERWORTH – Lima remaja lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima yang sedang leka merempit ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam tadi dan tamat enam jam kemudian itu, polis menahan lima mat rempit berumur 17 hingga 19 tahun. “Lima remaja…










