PARIT – Lima lagi pelajar lelaki tingkatan tiga ditahan bagi membantu siasatan kes memukul dan membuli dua orang pelajar tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini semalam. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua pelajar berkenaan yang disyaki terlibat dalam kes buli berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah kira-kira pukul 4 petang semalam oleh pihak sekolah. “Kita minta kerjasama pihak sekolah untuk membawa kesemua pelajar yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut untuk dibawa ke pihak polis bagi membantu siasatan. “Kesemua pelajar tersebut diambil keterangan dan dilepaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. Dalam…










