Lelaki rebah ketika guna mesin ATM di Jitra - Utusan Malaysia

Lelaki rebah ketika guna mesin ATM di Jitra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Orang ramai yang sedang berurusan di sebuah bank di Pekan Jitra gempar seketika apabila seorang lelaki yang sedang menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri pada pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamarulzamal Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.22 pagi sebelum tiba di tempat kejadian empat minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia dan beberapa minit kemudian pihak hospital dan ambulans tiba di lokasi kejadian, kami serahkan mangsa kepada mereka untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, mangsa Mohammad Nor Abu Seman, 53, yang berasal dari Kampung Padang Asun, Jitra memiliki kad rawatan bagi penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

“Hasil pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan mendapati tiada unsur jenayah dan punca kematian dipercayai akibat serangan darah tinggi,” katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jitra dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN