Lelaki maut dilanggar lori sampah - Utusan Malaysia

Lelaki maut dilanggar lori sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Seorang pekerja buruh maut manakala tiga yang lain cedera selepas Proton Wira dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan sampah di Kilometer 5, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Mohamad Azmi Hassan, 27, yang juga pemandu Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Tiga lagi mangsa yang me­rupakan penumpang kereta dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan sampah itu hilang kawalan sebelum me­langgar kereta yang dipandu mangsa yang datang dari arah Kota Tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini