GUA MUSANG 18 Ogos – Seorang lelaki yang keluar meninggalkan rumah untuk mencari katak ditemukan mati lemas di kawasan berhampiran Sungai Nenggiri di Kampung Pulau Setelu, di sini semalam. Mangsa, Mohd Fazli Ibrahim, 30, yang tinggal di Kampung Kala di sini ditemukan pasukan mencari dan menyelamat berhampiran jambatan sementara Pulau Setelu. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, operasi bermula Selasa lalu setelah…










