PUTRAJAYA – Projek Lebuh Raya Maju Expressway II (MEX II) yang kini dalam pembinaan menerima penarafan lima bintang setelah mematuhi piawaian Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Dalam Pembinaan (SHASSIC) yang ditetapkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Aziz Abdullah berkata, penarafan itu diberikan selepas aspek berkaitan tahap pematuhan dan pelaksanaan aspek keselamatan serta kesihatan di tapak projek itu dinilai dan didapati ianya mematuhi piawaian yang ditetapkan. …










