IPOH – Sebanyak 549 kes penderaan seksual direkodkan di seluruh negeri bagi tempoh 2016 hingga 31 Julai tahun ini, kata Pengerusi Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Wong May Ing. Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis berkata, penderaan seksual tersebut merangkumi 377 kes rogol, cabul (152 kes) dan liwat (20 kes). Katanya bagi tempoh sama, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut merekodkan…