KUALA LUMPUR 5 Julai – Kemalangan jalan raya melibatkan ambulans yang berlaku sejak kebelakangan ini telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam tentang tahap keselamatan perjalanan ketika kecemasan
Sehubungan itu, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar pemandu ambulans diberikan latihan khusus berhubung teknik memandu ambulans.
“Latihan boleh diberikan secara amali dan menggunakan simulator pemanduan agar situasi pemanduan yang mencabar boleh dilatih dengan selamat.
“Latihan tersebut perlulah diberikan secara berkala bagi memastikan semua pemandu kekal kompeten,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut Lam Thye berkata, pihak MIROS memandang serius setiap kemalangan yang berlaku, terutamanya yang melibatkan kematian. – UTUSAN ONLINE










