KOTA KINABALU 16 Ogos – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia memperkenalkan laluan baharu yang menghubungkan hab Kota Kinabalu dengan ibu negara Thailand, Bangkok bermula hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, menerusi laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan kekerapan penerbangan sebanyak tiga kali pergi balik dalam tempoh seminggu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, di Bangkok. Menurutnya, pembukaan laluan baharu itu antara…










