Bertuahnya hidup bintang realiti Kylie Jenner. Sudahlah jutawan muda, kali ini dia menerima hadiah berupa sebuah kereta klasik mewah Rolls Royce keluaran sekitar tahun 1950-an daripada pasangannya yang juga penyanyi rap Travis Scott. Pemberian istimewa tersebut sempena dengan ulang tahun kelahiran Kylie ke-21 yang jatuh pada tanggal 10 Ogos lalu. Kereta klasik mewah berwarna putih berkenaan dianggarkan berharga antara AS$24,260 (RM99,107) hingga AS$298,791 (RM1.2 juta). Scott 26, yang juga bapa kepada anak Kylie, Stormi, 6 bulan, turut membuat ucapan ulang tahun kelahiran Kylie dalam Instagram. “Selamat ulang tahun Kylie. Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya