KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang mengkaji kemungkinan untuk menghentikan kutipan dana Tabung Harapan Malaysia. Beliau berkata, kerajaan belum memilih tarikh untuk tabung itu ditutup. “Kami belum putuskan lagi, mungkin bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan meja bulat dengan pemimpin perniagaan ASEAN di sini,hari ini. Beliau mengambil perhatian bahawa tabung itu membuktikan rakyat Malaysia sayangkan negara mereka dan bersedia membuat pengorbanan untuk menyelesaikan isu…










