PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya modul kursus yang dihadiri hakim-hakim beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu, berunsur politik dan bertujuan mengdoktrin pemikiran hakim-hakim. PKPMP dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan bahawa kursus yang dinamakan “Program Latihan Transformasi Negara” itu telah dirancang lebih awal dan hanya secara kebetulan sahaja ia dijalankan sebelum PRU14.…










