JAKARTA 24 Ogos – S. Kumar memahat sejarah hoki negara apabila muncul penjaga gol paling banyak menyarung jersi skuad kebangsaan ketika membantu Malaysia Tigers membelasah Bangladesh 7-0 dalam aksi ketiga Kumpulan B, Sukan Asia 2018 hari ini. Beraksi di bawah suhu 33 darjah Celsius di Geloro Bung Karno langsung tidak merencatkan momentum pasukan negara untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dan meledak 33 gol keseluruhan. Kemenangan bukan sahaja meletakkan Malaysia sebelah…