KULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas 230 tong berisi 6,100 kilogram gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM53,590 dalam serbuan di dua premis pemborong di Taman Tan Sri Yaacob, Johor Bahru, semalam. Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok berkata, serbuan pada 12.15 tengah hari itu melibatkan 13 anggota penguat kuasa selepas melakukan risikan selama tiga hari. “Di premis pertama, kita merampas lebihan 150 tong LPG bersaiz 14…










