Kofi Annan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Kofi Annan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 18 Ogos – Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan disahkan meninggal dunia hari ini. Berita kematiannya itu disahkan oleh Yayasan Kofi Annan. Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Bern, Switzerland awal pagi tadi. Annan pernah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel kerana sering terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan di seluruh dunia. Beliau merupakan orang Afrika pertama yang memegang jawatan Setiausaha Agung dari 1997 hingga 2006. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai wakil khas PBB ke Syria, mengetuai usaha untuk mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di negara itu. – REUTERS/AGENSI

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN