Ketua Menteri tempelak ADUN PKR - Utusan Malaysia

Ketua Menteri tempelak ADUN PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 6 Ogos – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Machang Bubok, Lee Khai Loon ‘menegur’ Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri berhubung isu tambak laut di negeri ini mendapat reaksi sinis daripada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow

Kon Yeow (DAP – Padang Kota) berkata, isu berkenaan telah dibincangkan panjang lebar sebelum ini ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas namun ada wakil rakyat yang masih ‘ tidak faham’.

Katanya, rancangan untuk menambak laut bukan hanya kerana kerajaan negeri perlu mendapatkan kos untuk melaksanakan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri sebaliknya mempuyai pelbagai faedah kepada ekonomi setempat.

“ Wakil rakyat tidak ingat atau buat – buat tidak ingat. Kawasan yang mahu ditambak itu berada di lokasi strategik termasuk berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Oleh itu, ia akan menjana nilai tinggi kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang DUN di sini hari ini.

Kon Yeow berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk membatalkan projek tambak laut sekiranya mempunyai kaedah lain mendapatkan dana.

“ Jika Kerajaan Persekutuan bersedia membiayai kos PIP, kita terima, namun banyak negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Brazil masih menambak laut walaupun mereka mempunyai simpanan tanah yang mencukupi,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN