Kerjasama UMNO-Pas masih awal – Annuar - Utusan Malaysia

Kerjasama UMNO-Pas masih awal – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kerjasama UMNO-Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis masih di peringkat awal tetapi sangat penting.

ANNUAR MUSA

Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini ke­rana persetujuan hanya tercapai di peringkat persefahaman meletakkan satu calon tetapi daripada segi gerakan, kempen dan lain-lain belum termeterai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah jelasnya, pemimpin kedua-dua parti juga belum bersetuju untuk berkongsi pentas atau menyelaraskan jentera kempen dan dalam kata lain, kedua-dua parti belum bergerak sebagai satu badan.

“Kerjasama mula menjadi se­butan apabila Pas bersetuju tidak meletakkan calonnya. Ramai membuat andaian calon Barisan Nasional (BN) akan mendapat undi diperoleh UMNO dicampur undi diperoleh Pas dalam pilihan raya umum lalu kira-kira 18,000 undi.

“Taiko dan mastermind Pakatan Harapan (PH), Lim Kit Siang dengan cepat mengambil kesempatan menanam hasutan malah cuba menggunakan analogi Islam dan kleptokrasi. Sebenarnya kerjasama kedua-kedua parti masih di peringkat terlalu awal tetapi sangat penting,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, PRK DUN Sungai Kandis bukan kayu pe­ngukur kerjasama kedua-dua parti kerana ramai termasuk pemimpin UMNO tidak tahu apa sebenarnya bentuk kerjasama yang dicapai oleh kedua-dua parti.

Katanya, ruang untuk kerjasama sebenar masih terbuka luas serta belum teruji dan perkara itu akan terus diusahakan demi memantapkan perjuangan rakyat.

“UMNO akan terus mengambil sikap terbuka dan pragmatik untuk terus meneroka perjuangan rakyat.

“Rakyat memerlukan perlin­dungan daripada corak pemerintahan PH yang banyak dikuasai sosialis DAP khususnya bagi bumiputera dan umat Islam pada keseluruhan. Perjuangan kita te­ruskan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini