RAUB 28 Ogos – Kerajaan akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) penugasan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) khususnya di hutan. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, penambahbaikan tersebut melibatkan aspek teknikal termasuk peralatan. “Setakat ini SOP yang dilakukan khususnya dalam kes kehilangan seorang petugas di Hutan Taman Negara baru-baru ini adalah baik tetapi kita akan menambah baik lagi,”…










