Kerajaan PH kekal dasar sedia ada Malaysia berhubung ASEAN - Utusan Malaysia

Kerajaan PH kekal dasar sedia ada Malaysia berhubung ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Ogos – Malaysia di bawah kerajaan baharu tidak mengubah dasar sedia ada negara berhubung ASEAN selain akan terus memainkan peranan memperkasa perkumpulan serantau itu, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat merupakan agenda yang sentiasa diutamakan kerajaan baharu Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan ASEAN yang lebih kukuh.

“Kita mahu maksud komuniti ASEAN dapat dilaksanakan dalam erti kata sebenarnya,” kata beliau pada sidang media di Wisma Putra, di sini hari ini.

Beliau berkata, ini seiring dengan matlamat penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015 itu yang bertujuan memperkukuh ekonomi dan membina rantau yang aman serta selamat.

Terdahulu, beliau hadir upacara menaikkan bendera bersempena sambutan Hari ASEAN ke-51 yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ASEAN dan pencapaiannya.

Hadir sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. Turut hadir wakil duta dari sembilan lagi negara ASEAN dan 30 diplomat di Malaysia serta belia dan pelajar. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN