KUALA LUMPUR – Pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat menjimatkan kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM38.5 juta setahun, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata, peralihan SPAD kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat tidak lagi memerlukan penglibatan anggota sebagai anggota suruhanjaya. “Sebelum ini, pengerusi SPAD juga diberi elaun besar iaitu mencecah RM25,000 hingga RM30,000 setiap bulan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 di…










