Kenaikan gaji minimum dikuatkuasa dalam masa lima tahun - Utusan Malaysia

Kenaikan gaji minimum dikuatkuasa dalam masa lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos- Kenaikan kadar gaji minimum RM1,500 yang akan diputuskan di Kabinet dalam masa terdekat hanya akan dikuatkuasakan dalam tempoh lima tahun.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, kadar gaji minimum akan diputuskan dalam masa 100 hari tetapi kerajaan memerlukan masa yang lebih lama untuk menguatkuasakannya.

Katanya, pelbagai proses perundangan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan secara keseluruhan.

“Memang sasaran kita adalah untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 tetapi akan dilaksanakan dalam masa lima tahun, jadi soal kenaikan kadar adalah perkara kedua.

“Jadi buat masa ini kita akan memberi tumpuan kepada menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN