KUALA LUMPUR 1 Ogos- Kenaikan kadar gaji minimum RM1,500 yang akan diputuskan di Kabinet dalam masa terdekat hanya akan dikuatkuasakan dalam tempoh lima tahun. Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, kadar gaji minimum akan diputuskan dalam masa 100 hari tetapi kerajaan memerlukan masa yang lebih lama untuk menguatkuasakannya. Katanya, pelbagai proses perundangan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan secara keseluruhan. “Memang sasaran kita adalah untuk menaikkan kadar gaji minimum…










